Thursday, August 12, 2010

kisah dialog rasulullah s.a.w dgn iblis laknatullah tentang puasa

Rasulullah s.a.w telah menyoal Iblis tentang puasa,sabda rasulullah s.a.w :"wahai Iblis! Apakah umatku berpuasa dengan nama Allah, apakah rasa engkau?" Berkata Iblis:"Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Asry dan Kursi dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka-mereka yang puasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah s.a.w. dan Allah s.w.t akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan,bintang,malaikat,burung-burung,ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah swt. tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka dan ditutupkan segala pintu neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan.Dan bertiupnya angin yang di bawah Asry yang bernama angin Syirah.Angin yang sangat lembut melalui ke dalam syurga, maka pada hari bermulanya umat tuan hamba berpuasa. Akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah swt. berserta dengan bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekelian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai umat tuan hamba dari berpuasa dan selepas itulah baharu hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan umat tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.

"Sebagaimana mereka berkerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain."

berdasarkan kisah diatas maka marilah kita same2 mengingatkan diri sendiri dan org lain di bulan ramadhan yg mulia ni utk mendekatkan diri kpd Allah swt..lagipun dlm bulan ni la sume pengacau2 kite dirantai dan diikat supaya kita dpt melakukan amal ibadat dgn baik..dlm Al-Quran ada menyatakan tujuan sbnr berpuasa ni kenape..tujuannnye adalah untuk bertaqwa kpd Allah(refer surah al-baqarah ayat 183..bile bulan ramadhan konpem kat ceramah mane ayat ni kuar)..hehe..marilah kita merajinkan diri tambahkan amal..biar sikit tp berterusan..mudah-mudahan Allah s.w.t akan kuatkan iman kita utk beribadat kepadaNya..insyaAllah pahala amal di bln ni sgt bsr nk dibndingkan dgn bln2 yg lain..bulan ramadhan dtg hanya sekali setahun..n kedtgannye x menjamin yg kita akan tetap berjumpa lagi dengannya setiap tahun..mebe tahun ini tahun yg terakhir kita bertemu dengannya..so..jgnlah kita mensia-siakan bulan yg mulia ini..copy paste dr sms ayah kpd sy.."semoga Ramadhan dan puasa kita diberkati Allah hendakNya insyaAllah".. minna gambarimasyou!!demi redha Allah...

p/s:try utk x tinggalkan sahur sbb byk barokahnye sahur diakhir waktu..bkn mkn sblm tido ye..huhu

1 comment:

  1. huhu.. kt Jpon memang susah aa nk miss sahur.. sebab tido pon lepas subuh.. kui3

    ReplyDelete